- Datuk Lee Chong Wei
Datuk lee chong wei adalah salah seorang atlit yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Beliau adalah pemain badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek. Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya, termasuk gelaran Siri Super. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama sampai ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysia sejak 1996. Kejayaan yang besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)", yang membawa gelaran Datuk.
- Datuk Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.
No comments:
Post a Comment