- Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang patut dikunjungi di negeri yang kaya dengan khazanah alam ini.Terletak 21km di pinggir pantai Terengganu,pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini juga pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Tapi tak jadi masalah sebenarnya kerana kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.
- Cameron Highland
Cameron Highlands merupakan bukit peranginan yang terluas di Malaysia. Keadaan iklim yang sejuk dan
alam semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna menjadikan Cameron Highlands satu destinasi pelancongan yang terkenal. Sektor pelancongan adalah sumber ekonomi yang penting di Cameron Highlands. Pelancong berpeluang dalam aktiviti ekopelancongan iaitu trek kembara hutan, memerhati flora dan fauna di dalam hutan, melawat ke perkampungan orang asli dan melawat sekeliling
luar bandar.
No comments:
Post a Comment