- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum sains dan sastera, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jati diri di dalam masyarakat. UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari'ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu keantarabangsaan.
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
UniKL adalah universiti terkemuka dalam teknologi kejuruteraan ditubuh pada 2002, sebagai hak milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diberi mandat untuk menaikkan taraf status pendidikan teknikal di Malaysia.
Pada awal penubuhan UniKL mempunyai tujuh institusi yang mana setiap satu mempunyai pengalaman dalm bidang teknikal merangkumi pelbagai bidang kejuruteraan. Institusinya meliputi UniKL MFI, BMI, MIIT, MSI, MIAT, MICET, MIMET yang kemudian digabungkan menjadi kampus cawangan di bawah UniKL. Kini ada tambahan empat lagi kampus cawangan dan dua institut untuk memenuhi permintan terkini dan pada masa hadapan iaitu RCMIP, IPROM, NITEC, MESTESH, IRPS, Universiti kampus Kota dan Universiti Kuala Lumpur Business School.
No comments:
Post a Comment