Pembangunan secara terancang dan pesat yang dilaksanakan oleh pemimpin negara telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju di rantau ini dan membuka mata negara luar untuk menghargai negara kita. Strategi teratur seperti dasar perindustrian, dasar pembangunan negara, dasar sains dan teknologi, oenerapan semangat "Malaysia Boleh" dan "wawasan 2020", telah melonjakkan Malaysia ke persada antarabangsa. Kini, Malaysia muncul sebagai negara yang mempunyai pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang.